MSM Travel & Tours
satu inisiatif JK Dakwah Majlis Syura Muslimun (MSM) UK/Eire
Pra-pendaftaran Haji 1431H
Majlis Syura Muslimum akan membuat pra-pendaftaran bagi individu-individu yang berminat dan berhasrat untuk menyertai rombongan haji MSM bagi tahun 1431H/2010M. Pendaftaran awal ini dibuat bagi memudahkan urusan haji dan urusan pemilihan pihak agensi yang bakal memberikan servis Visa, penerbangan dan penginapan sepanjang musim haji nanti.
Pendaftaran Haji dibuka untuk semua warga Malaysia di UK, Ireland dan juga mana-mana negara di Europe. Syarat pendaftaran ialah Passport dan Visa mesti sekurang-kurangnya berbaki lebih 6 bulan. Bayaran pendaftaran ialah sebanyak £100. Jumlah keseluruhan pakej akan dimaklumkan setelah pemilihan agensi selesai dibuat insya allah sekitar bulan April/Mei 2010 nanti. Anggaran kos setakat ini ialah sekitar £2000- £2500 untuk seorang
MSM Travel and Tours berhasrat supaya pra-pendaftaran ini akan memudahkan bakal-bakal haji bersedia secara mental dan fizikal lebih awal untuk menghadapi musim haji nanti.
Pakej Haji MSM menawarkan
1) Visa Haji
2) Tiket penerbangan pergi balik
3) Penginapan sepanjang tempoh berada di Mekah/Madinah – Basic Accommodation
4) Kursus-kursus haji
5) Pembimbing haji di Madinah dan Mekah
6) Ziarah Madinah dan Mekah dengan jurupandu warga Malaysia
Untuk sebarang pertanyaa lanjut, boleh hubungi Tuan Haji Muhalim (Manchester) di 07872141159 atau e-mel terus ke msmtravelandtours@yahoo.com
Pingback: Perkembangan terkini MSM Travel and Tours « MSM Travel & Tours
Pingback: Perkembangan Terkini MSM Travel and Tours | Majlis Syura Muslimun