MSM Travel & Tours
satu inisiatif JK Dakwah Majlis Syura Muslimun (MSM) UK/Eire
Projek Umrah
Projek Umrah merupakan projek kedua terbesar anjuran MSM selepas Haji. Projek umrah pertama anjuran MSM Travel & Tours telah berjaya dilaksanakan pada bulan Jun 2009 – Umrah Summer MSM. Alhamdulillah, projek ini berjaya mengumpulkan 53 orang yang dikendalikan dalam dua kumpulan berbeza.
Gambar masjid Quba’ yang diambil sewaktu projek umrah summer 2009
Ziarah ke Muzium Hudabiah. Muzium yang mengumpulkan warisan sejarah Mekah dan Masjidil Haram
Projek umrah MSM ini terbuka pada semua warga Malaysia di UK/Eire. Untuk tahun 2010, umrah/ziarah akan dilaksanakan padamusim cuti spring (April 2010) dan summer (Jun 2010). Kos umrah/ziarah adalah sekitar £650-£750 seorang. Makluman lanjut akan menyusul.
