MSM Travel & Tours
satu inisiatif JK Dakwah Majlis Syura Muslimun (MSM) UK/Eire
Soalan Lazim
1) Apakah pihak MSM travel and Tours (MSM T&T) akan menganjurkan kursus sebelum umrah?
Ya. Insya allah pihak MSM Travel & Tours (MSM T&T) akan mengaturkan siri kursus untuk bakal-bakal peserta yang akan menunaikan umrah
2) Berapakah bayaran untuk anak-anak?
Bayaran untuk anak-anak bergantung kepada umur anak-anak. Bagi anak-anak 2 tahun kebawah, pihak MSM T&T hanya mengenakan bayaran tiket penerbangan dan yuran Visa umrah (£65/70). Bagi anak-anak 2 – 10 tahun, bayaran adalah sebanyak £80 (tidak termasuk tiket kapal terbang dan yuran visa). Bayaran tersebut adalah untuk makanan serta pengangkutan. Bagi anak-anak 10 tahun ke atas, pihak MSM T&T mengenakan yuran sama seperti dewasa supaya anak-anak dapat peruntukan katil sendiri. Pihak kami cuba sebaik mungkin untuk menyediakan bilik berasingan untuk semua peserta yang bekeluarga.
3) Visa Uk saya kurang dari 6 bulan, bolehkah saya menyertai projek umrah?
Pihak kedutaan Arab Saudi di London meletakkan syarat visa menetap di UK lebih dari 6 bulan daripada tempoh penerbangan. Visa kurang dari 6 bulan biasanya menjadi sebab utama permohonan di tolak. Pihak MSM T&T tidak sanggup menangung risiko untuk memajukan permohonan visa umrah bagi mana-mana individu yang mempunyai visa kurang 6 bulan. Perlu diingatkan, yuran permohonan visa sebanyak £65/70 akan hangus sekiranya permohonan ditolak.
4) Saya belajar di Ireland, bolehkan saya menyertai umrah musim panas 2010
Pihak MSM T&T setakat ini tidak menerima permohonan untuk pelajar-pelajar dari Ireland. Terdapat kesusahan untuk menguruskan permohonan Visa bagi pelajar-pelajar Ireland. Pihak kedutaan Arab Saudi tidak meluluskan permohonan dari Ireland dengan alasan-alasan berikut:
a) Visa kurang 6 bulan
b) Pihak kedutaan UK hanya menguruskan Visa bagi penduduk/pelajar di UK sahaja
5) Mengapakah pihak MSM tidak menawarkan tiket pergi balik untuk umrah summer nanti?
Berdasarkan pengalaman, sukar utk mendapatkan tiket penerbangan pergi-balik menggunakan Saudi Airlines, Memandangkan bulan september tahun ini jatuh pada bulan ramadhan/syawal yang mana penerbangan masuk dan keluar dari Jeddah kebiasaanya penuh. Untuk memudahkan urusan, pihak MSM T&T hanya menawarkan tiket penerbagan sehala dari London-Jeddah-KLIA ( stop over 10 hari untuk mengerjakan umrah dan ziarah). Peserta perlu membeli berasingan tiket penerbangan dari malaysia ke London dalam bulan september nanti