MSM Travel & Tours

satu inisiatif JK Dakwah Majlis Syura Muslimun (MSM) UK/Eire

Bukit Uhud – Bukit yang kita sayanginya dan ia menyayangi kita

Bukit Uhud – Bukit yang kita sayanginya dan ia menyayangi kita.

Pemandangan bukit Uhud

Itulah kata-kata Rasullulah apabila melihat bukit Uhud dari kejauhan sekembalinya dari peperangan Tabuk – Peperangan yang terakhir yang dihadiri oleh junjungan besar kita Muhammad s.a.w. Peperangan tabuk berlaku dalam bulan rejab tahun ke-9 hijrah.  (sumber: Al-Raheeq Al-Makhtum).

Gambar bukit pemanah (diambil dari dataran uhud tempat berlaku ghazwah Uhud)

Di bukit inilah Rasulullah menempatkan 50 orang sahabat sebagai unit pemanah dalam ghazwah Uhud. 40 dari mereka turun dari bukit ini setelah melihat kemenangan awal tentera Islam, meninggalkan Jabir r.a dan 9 orang yang lain, yang tetap kekal di bukit pemanah.

Banyak yang boleh diceritakan dan dipelajari dari kisah peperangan Uhud ini. Cukuplah dinukilkan di sini, kisah Anas bin Al-Nadhr, salah seorang sahabat nabi yang turut serta dalam peperangan Uhud. Beliau mara menyerang tentera musyrikin dikala tentera Islam dalam keadaan lemah semangat menerima berita kewafatan nabi. Beliau bertemu dengan saad bin muaz. Maka bertanya Saad: ‘Kemana wahai Abu Umar?’. Jawab Anas: ‘Aduh, selesanya daku menghidu udara syurga wahai Saad, kini daku menciumnya diperkarangan Uhud ini’. Beliau terus bertempur hingga jatuh sebagai syahid. Tidak dikenali beliau di akhir peperangan, kecuali saudara perempuannya yang cam dengan jari-jari tanganya, kerana terdapat lebih lapan puluh tetakan di jasadnya, bekas tikaman tombak, tetakan pedang dan asakan anak panah.

Peperangan ini meragut nyawa 70 orang tentera Islam yang  kebanyakkanya dari golongan ansar. Semua syuhada Uhud ini dikebumikan di dataran uhud. Moga semangat tentera Uhud dalam memperjuang dan mempertahankan Islam ini mengalir dalam tubuh kita.

Bergambar membelakangkan perkuburan syuhada Uhud

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: