MSM Travel & Tours

satu inisiatif JK Dakwah Majlis Syura Muslimun (MSM) UK/Eire

Kursus Haji MSM 2010

Insya allah kursus haji untuk bakal-bakal jemaah Haji MSM akan diadakan pada 9 dan 10 Oktober 2010 bertempat di Islamic Centre Loughborough. Kursus juga terbuka untuk mana-mana individu yang berminat.  Individu yang berminat untk menyertai kursus ini, boleh mendaftar melalui emel ke msmtravelandtours@yahoo.com

Poster Umrah Musim Bunga 2011

JOM Daftar!

Pendaftaran dibuka. Umrah musim bunga!!

Pendaftaran dibuka untuk mengikuti projek Umrah dan Ziarah anjuran MSM Travel and Tours untuk cuti musim bunga 2011. Berikut perincian untuk umrah musim bunga 2011:

  • Tarikh: 16 April – 25 April 2011 (bergantung kepada tiket)
  • Penerbangan: Saudi Airlines
  • Penginapan: 3* hotel di Mekkah dan 4* hotel di Madinah
  • Makanan disediakan
  • Ziarah MAdinah
  • Harga pakej: £850

Tempat terhad untuk 35 orang sahaja. Untuk pendaftaran, sila muat turun borang pendaftaran dibawah dan emelkan borang yang telah diisi ke msmtravelandtours@yahoo.com

borang pendaftaran_umrah musim bunga

Projek Lambaian Kaabah 2010 masih dibuka

Pendaftaran untuk melaksanakan Haji melalui projek Lambaian Kaabah 2010 Majlis Syura Muslimun masih dibuka. Poster seperti dilampir. Terdapat perubahan pada tarikh dari 24 oct – 19 Nov ke 1 Nov – 19 Nov (19 hari). Juga harga pakej yang bertambah sebanyak £200 (tempahan selepas musim ramadhan)

ramadhan kareem

Ahlan Wa sahlan ya Ramadhan…

Ramadhan….

O Allah! Make the months of Rajab and Sha’aban blessed for us, and let us reach the month of Ramadaan (i.e. prolong our life up to Ramadaan, so that we may benefit from its merits and blessings).
[At Tabarani and Ahmad]

Umrah dan Ziarah 2011

Pendaftaran awal dibuka untuk projek Umrah dan Ziarah anjuran MSM Travel & Tours bagi tahun 2011.

1) Umrah Musim Bunga 2011

  • Tarikh: 23 April – 2 May
  • Kos: dari £850

2) Umrah Musim Panas 2011

  • Tarikh: 20 Jun – 29 Jun
  • Kos: Dari £800

3) Pakej Balik Summer Malaysia (one-way) dan Umrah (Stopover di Jeddah) 2011

  • London-Jeddah-KLIA (one-way)
  • Tarikh: 20 Jun – 29 Jun
  • Kos: Dari £800

4) Pakej Balik Summer Malaysia (return) dan Ziarah Egypt 2011

  • London-cairo-KLIA (return)
  • Tarikh: 20 Jun – 25 Jun
  • Kos: Dari £850

Panggilan Haji 2010!

Peluang terakhir untuk bersama-sama Majlis Syura Muslimum dalam projek Haji 1431H/2010.  Daftar sekarang!.  Beberapa sebab kenapa perlu haji tahun ini:

  • Suatu kewajipan sebagai Muslim bagi yang mampu. Kita tak tahu samaada esok masih ada untuk kita
  • Kejatuhan nilai pound berbanding RM memberikan kelebihan (financial advantage) untuk pergi Haji dari UK
  • Tiada masalah quota. Daftar tahun ini dan boleh pergi terus tahun ini.

tetapkan niat, bulatkan tekad, banyyak doa dan tawakal pada Allah. Moga Allah memilih tuan/puan untuk menjadi tetamunya tahun ini

Satu lagi khidmat kemasyarakatan dari Majlis Syura Muslimum Uk/Eire

Labbaikallahumma labbaik – Hambamu datang menyahut panggilanmu

Alhamdulillah – segala puji hanya sesungguhnya untuk Allah. Dengan izin Allah, rombongan umrah Majlis Syura Muslimum selamat bertolak dari terminal 3 Lapangan terbang Heathrow menuju terminal Saudi Airlines, Lapangan terbang Jeddah. Penerbangan yang sepatutnya berlepas jam 12:30 tengahri, Jumaat (2 April 2010) telah berlepas jam 1:40 petang disebabkan kelewatan dalam urusan check-in di Kaunter Saudi Airlines.

Long queue di Check-in Counter Saudi Airlines (Disebabkan kerosakan sistem komputer)

Rombongan MSM seramai 32 orang merupakan antara penumpang-penumpang terakhir memasuki pesawat yang sarat dengan warga UK yang berhasrat menunaikan Umrah sempen cuti sekolah selama 2 minggu. Alhamdulillah, disebabkan kelewatan dan seat yang penuh, 5 orang dari rombongan MSM telah mendapat upgrade percuma ke Business Class. Moga tidak terlena disebabkan keselesaan hingga terlepas berniat ihram bila tiba waktunya. Rombongan umrah MSM ini diketui oleh saudara Ir Roesli dari Sheffield.

Sama-sama kita doakan moga perjalanan rombongan ini dimudahkan dan semoga segala amal-amal soleh mereka di Mekah dan Madinah diterima oleh Allah.

Gambar rombongan umrah MSM sebelum memasuki Departure gates di heatrow Airport