MSM Travel & Tours

satu inisiatif JK Dakwah Majlis Syura Muslimun (MSM) UK/Eire

Pra-pendaftaran Haji 1431H

Majlis Syura Muslimum akan membuat pra-pendaftaran bagi individu-individu yang berminat dan berhasrat  untuk menyertai rombongan haji MSM bagi tahun 1431H/2010M. Pendaftaran awal ini dibuat bagi memudahkan urusan haji dan urusan pemilihan pihak agensi yang bakal memberikan servis Visa, penerbangan dan penginapan sepanjang musim haji nanti.

Pendaftaran Haji dibuka untuk semua warga Malaysia di UK, Ireland dan juga mana-mana negara di Europe. Syarat pendaftaran ialah Passport dan Visa mesti sekurang-kurangnya berbaki lebih 6 bulan.  Bayaran pendaftaran ialah sebanyak £100. Jumlah keseluruhan pakej akan dimaklumkan setelah pemilihan agensi selesai dibuat insya allah sekitar bulan April/Mei 2010 nanti. Anggaran kos setakat ini ialah sekitar £2000- £2500 untuk seorang

MSM Travel and Tours berhasrat supaya pra-pendaftaran ini akan memudahkan bakal-bakal haji bersedia secara mental dan fizikal lebih awal untuk menghadapi musim haji nanti.

Pakej Haji MSM menawarkan

1) Visa Haji

2) Tiket penerbangan pergi balik

3) Penginapan sepanjang tempoh berada di Mekah/Madinah – Basic Accommodation

4) Kursus-kursus haji

5) Pembimbing haji di Madinah dan Mekah

6) Ziarah Madinah dan Mekah dengan jurupandu warga Malaysia

Untuk sebarang pertanyaa lanjut, boleh hubungi Tuan Haji Muhalim (Manchester) di 07872141159 atau e-mel terus ke msmtravelandtours@yahoo.com

2 responses to “Pra-pendaftaran Haji 1431H

  1. Pingback: Perkembangan terkini MSM Travel and Tours « MSM Travel & Tours

  2. Pingback: Perkembangan Terkini MSM Travel and Tours | Majlis Syura Muslimun

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: