MSM Travel & Tours

satu inisiatif JK Dakwah Majlis Syura Muslimun (MSM) UK/Eire

Soalan Lazim

1) Apakah pihak MSM travel and Tours (MSM T&T) akan menganjurkan kursus sebelum umrah?

Ya. Insya allah pihak MSM Travel & Tours (MSM T&T) akan mengaturkan siri kursus untuk bakal-bakal peserta yang akan menunaikan umrah

2) Berapakah bayaran untuk anak-anak?

Bayaran untuk anak-anak bergantung kepada umur anak-anak. Bagi anak-anak 2 tahun kebawah, pihak MSM T&T hanya mengenakan bayaran tiket penerbangan dan yuran Visa umrah (£65/70). Bagi anak-anak 2 – 10 tahun, bayaran adalah sebanyak £80 (tidak termasuk tiket kapal terbang dan yuran visa). Bayaran tersebut adalah untuk makanan serta pengangkutan.  Bagi anak-anak 10 tahun ke atas, pihak MSM T&T mengenakan yuran sama seperti dewasa supaya anak-anak dapat peruntukan katil sendiri. Pihak kami cuba sebaik mungkin untuk menyediakan bilik berasingan untuk semua peserta yang bekeluarga.

3) Visa Uk saya kurang dari 6 bulan, bolehkah saya menyertai projek umrah?

Pihak kedutaan Arab Saudi di London meletakkan syarat visa menetap di UK lebih dari 6 bulan daripada tempoh penerbangan. Visa kurang dari 6 bulan biasanya menjadi sebab utama permohonan di tolak. Pihak MSM T&T tidak sanggup menangung risiko untuk memajukan permohonan visa umrah bagi mana-mana individu yang mempunyai visa kurang 6 bulan. Perlu diingatkan, yuran permohonan visa sebanyak £65/70 akan hangus sekiranya permohonan ditolak.

4) Saya belajar di Ireland, bolehkan saya menyertai umrah musim panas 2010

Pihak MSM T&T setakat ini tidak menerima permohonan untuk pelajar-pelajar dari Ireland. Terdapat kesusahan untuk menguruskan permohonan Visa bagi pelajar-pelajar Ireland. Pihak kedutaan Arab Saudi tidak meluluskan permohonan dari Ireland dengan alasan-alasan berikut:

a) Visa kurang 6 bulan

b) Pihak kedutaan UK hanya menguruskan Visa bagi penduduk/pelajar di UK sahaja

5) Mengapakah pihak MSM tidak menawarkan tiket pergi balik untuk umrah summer nanti?

Berdasarkan pengalaman, sukar utk mendapatkan tiket penerbangan pergi-balik menggunakan Saudi Airlines, Memandangkan bulan september tahun ini jatuh pada bulan ramadhan/syawal yang mana penerbangan masuk dan keluar dari Jeddah kebiasaanya penuh. Untuk memudahkan urusan, pihak MSM T&T hanya menawarkan tiket penerbagan sehala dari London-Jeddah-KLIA ( stop over 10 hari untuk mengerjakan umrah dan ziarah). Peserta perlu membeli berasingan tiket penerbangan dari malaysia ke London dalam bulan september nanti

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: